Thursday 28 April 2016

SEJARAH AWAL BUGIS

Menurut kitab Tuhfat al-Nafis bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Siti Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa TuToraja di tanah Sulawesi. Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama permaisuri sheba / kerajaan saba' tersebut. Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika, Mandar dan Ugi lain-lain. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk. Sehinggalah diteruskan kerajaan Makasar (Gowa) Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan Hassanuddin(1670). Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda. Maka tidak hairanlah banyak pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makasar (hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar. Semua ini dapat dilihat dengan jelas sebagai misal pengaruh bahasa;
"Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik"
erti: Bukan lelaki jika tak memiliki badik
Perhatikan perkataan "ammallaki" adalah bunyi asal perkataan "malik" perkataan arab Yaman manakala budaya lelaki membawa senjata pendek adalah juga budaya bangsa Yaman dipanggil jambia.
berbeza dengan bahasa To Ugi;
Taniya ugi narekko de’na punnai kawali
erti: Bukan Ugi jika tak punyai Kawali.(juga menyerupai bentuk badik)




Sejarah Bugis Di Tanah Melayu:

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis diTanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangorpertama.
gambar Raja Haji

Bugis di Malaysia Masa Kini

Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian masyarakat Melayu ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis yang asli masih kekal di Sulawasi selatan walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun mereka kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalkan adat Bugis asli yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa Bugis walaupun sudah dipisahkan nama mengikut daerah masing-masing di sana seperti Bone, Enrekang, Rappang, Pinrang dan sebagainya.

keris BUGIS


Friday 22 April 2016

Wasiat Hang Jebat
(Ini adalah sebahagian daripada teks ucapan Hang Jebat yang pada awalnya dianggap hilang terbakar di dalam kapal Belanda “Le Fluer” ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Bengkulen. Teks ini telah saya temui secara tidak sengaja ketika saya membuat kajian ilmiah di University of Leiden pada tahun 1992 – teks asal masih tersimpan di dalam arkib University of Leiden)

“Wahai orang-orang Melaka, apabila kamu merasa tidak puas hati atau tidak berkenan akan sesuatu maka hendaklah kamu memberitahu kepada anak isteri kamu, kaum keluarga kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetanga kamu, orang-orang kampung kamu. Janganlah hendaknya tidak ada orang yang tidak kamu beritahu akan rasa geram hati kamu dan amarah kamu itu.

Maka hendaklah kamu kumpulkan anak bini kamu, sanak-saudara kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetangga kamu, orang kampung kamu, kumpulkan semua orang-orang Melaka dan bawalah berita itu hendaknya ke Lubuk China hingga ke Tanjung Tuan hingga ke Linggi hingga hendaknya sampai ke Rembau Labu dan Lukut dan hendaknya sampailah berita ini hingga ke Seri Menanti.
Bawalah berita ini kepada Jakun dan Biduanda, Semelai dan Sakai agar hendaknya mereka sama mendengar kematian Tun Hukum dibunuh Raja Melaka difitnah Sang Kitul Kerala difitnah Sang Linggam anak cucu Nina Manikam. Hendak-hendaknya mereka akan bersama kita menyumpit yang jahat membuluh yang zalim.
Wahai orang-orang Melaka pada malam ini di atas Bukit China maka berjanjilah kita semua dan ingat mengingatilah kita semua bahawasanya kematian Tun Hukum itu akan membawa bencana ke atas negeri Melaka.
Wahai-orang Melaka apabila kamu merasa tidak puas hati maka kamu beraraklah dan berjamonglah beramai-ramai menuju ke istana. Maka hendaklah kamu mengepung istana dan jika sekiranya di jalan kamu bertemu sesiapa sahaja maka ajaklah mereka datang bersama-sama untuk pergi mengepung istana. Jika sekiranya kamu bertemu Juak dan Sida istana maka hendaklah kamu duduk bicara menerangkan angkara yang amarah kamu yang amat sangat terhadap raja.
Hendaklah kamu membawa gendang dan palu agar raja yang sentiasa beradu akan bangun dan bertanya apakah angkara orang Melaka dimalam hari hingar dan bising. Apakah angkara hingar dan bising mengganggu beta yang sedang nyenyak beradu.
Wahai orang-orang Melaka berkumpul dan beraraklah kita pada malam ini ke istana. Amarah kamu itu adalah amarah aku juga. Amarah aku itu adalah amarah seluruh roh di Bukit China. Amarah kamu itu adalah amarah cucu-cicit Penghulu Tanjung Keling. Amarah kamu ini adalah amarah cucu-cicit Wan Empok Wan Melini anak cucu-cicit dari Bukit Seguntang Mahameru.
Wahai orang-orang Melaka pada malam ini panglima kita telah segak siaga anak cucu-cicit Penghulu Sidata Tanjung Keling, anak cucu-cicit Hang Li Po dan Panglima Besar Tun Bersih. Bersama-sama sebahulah kamu wahai orang-orang Melaka.
Inilah janji aku kepada kamu wahai orang-orang Melaka, bukan janji aku untuk menjadi raja bukan janji aku untuk menjadi tuan. Di atas Bukit China ini seperti Musa di atas Bukit Sinai seperti Isa di atas Bukit Zaiton inilah aku Jebat anak cucu-cicit Wan Empok Wan Melini dari Bukit Seguntang Mahameru asal
usul keturunan aku Raja Suran yang turun ke laut anak cucu kepada Iskandar Zulkarnian maka marilah kita bersama-sama mengepung istana raja Melaka.
Akulah Jebat yang akan diingat hendak-hendaknya oleh seru sekelian alam dengan kata-kata Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja di Sanggah. Marilah kita bersama-sama berarak pada malam ini dan ketika ini dengan obor jamong dan pelita mengepung Istana Raja.”
”INGATLAH WAHAI ORANG ORANG MELAKA DUNIA INI HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI !!!”


TITISAN PERJALANAN
Pada tarikh 1 November 2007; En.Zainal Abidin bin Ishak-Pengerusi Persatuan Bugis Muar telah mengesahkan bahawa Tuan Haji Mohd Zan bin Mohd Amin adalah keturunan Raja Cempa Padang Muar dari titisan Orang Kaya Yusof (Pt.Bakar), isterinya bernama Maimunah bte Ahmad (Pt.Besar). Beliau mempunyai lima (5) orang anak iaitu 1.Orang Kaya Ahmad 2.Dawaji 3.Orang Kaya Bedu 4.Zainab dan 5.Abdullah. Dengan itu Tuan Haji Mohd Zan bin Mohd Amin adalah keturunan Dawaji dari nasab Orang Kaya Yusof. Mulai tarikh tersebut beliau diberi kuasa untuk menubuhkan Persatuan Bugis Negeri Melaka. Begitu sejarah penubuhan Warisan Melayu-Bugis n.Melaka. Begitulah permulaan al-kisah permulaan penubuhan pertubuhan ini.



TUJUAN DAN MATLAMAT PERTUBUHAN BUGIS



  1. Mengasaskan, meyatupadukan serta mengembeling tenaga masyarakat Melayu-Bugis di seluruh negeri Melaka ke arah satu kaum yang moden, dinamis dan progresif demi kepentingan anak bangsa Melayu-Bugis

  1. Mengwujudkan semangat persaudaraan dan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli ke arah perpaduan

  1. Memperkenal serta meriwayatkan sejarah hidup Kesultanan Melayu-Bugis serta meninggikan kedudukan dan martabat masyarakat Melayu-Bugis

  1. Menerbitkan apa juga penerbitan dan aktiviti aktiviti berkaitan yang bersesuaian  
                                                                                                             
  1. Memohon, membeli dan memiliki apa juga harta tetap atau harta mudah alih untuk kepentingan dan faedah kepada ahli-ahli Pertubuhan .

  1. Mengadakan aktiviti ekonomi, sosial, sukan, pendidikan, kebudayaan dan keagamaan di kalangan ahli.

  1. Pertubuhan ini boleh menjalankan aktiviti perniagaan dan ekonomi secara sah 

  1. Membimbing dan menggalakkan ahli-ahli Pertubuhan pada amalan Perkara 11 Perlembagaan Negara dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara mengikut prinsip Rukunegara

  1. Pertubuhan ini boleh menjalankan kutipan derma daripada bukan ahli dan menerima sumbangan 

Tuesday 19 April 2016

SENARAI AHLI JAWATAN KUASA

BIL
JAWATAN
NAMA PENUH
JANTINA
WARGA NEGARA (YA/TIDAK)
TARIKH LAHIR & TEMPAT LAHIR
1
PENGERUSI
EN MOHD ZULKEPLI BIN MOHD AMIN
LELAKI
YA
14/10/1966
MELAKA
2
TIMBALAN PENGERUSI
HJ MD JANI HJ GEMBOR
LELAKI
YA
19/08/1944
MELAKA
3
SETIAUSAHA
EN. SAZALI BIN ABU SAMAH
LELAKI
YA
30/01/1967
JOHOR
4
PENOLONG SETIAUSAHA
EN MOHD FAIRUZ IZWAN BIN JAMIL
LELAKI
YA
5/11/1979
MELAKA
5
BENDAHARI
HJ HASNUL BIN OSMAN
LELAKI
YA
5/11/1945
MELAKA
6
AJK
PUAN SARIFAH BTE DAUD
P’PUAN
YA
9/05/1960
MELAKA
7
AJK
MOHD RIDZUAN BIN MOHD AMIN
LELAKI
YA
19/04/1962
MELAKA

MAKLUMAT PERTUBUHAN

MAKLUMAT AM


  • NO RUJUKAN : PPM-009-04-27022009
  • KATEGORI PERTUBUHAN : SOSIAL
  • SUB-KATEGORI PERTUBUHAN : KETURUNAN
  • NAMA PERTUBUHAN : PERTUBUHAN WARISAN MELAYU-BUGIS NEGERI MELAKA
  • ALAMAT PERTUBUHAN : BATU 5 1/2 KAMPUNG PINANG A, BATANG TIGA, 76400 TANJUNG KLING MELAKA