Monday 9 May 2016

CATATAN PERJALANAN MELAYU-BUGIS

JEJAK WARISAN 1; Jawatankuasa Pertubuhan Melayu-Bugis Melaka telah mengadakan siri jelajah ke Makam Diraja Kampung Marhum Pekan Pahang pada tahun 2005. Menurut catatan sejarah; "....Pada asalnya, beliau ialah Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil, dan ditabalkan Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara iaitu sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak dan (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV kerana menuduh Sultan Abdul Jalil sedang merancang untuk membina kerajaan di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang". Baginda dimakamkan di Kuala Pahang.Anaknda-anaknda beliau adalah 1.Raja Sulaiman 2.Bendahara Tun Abbas 3.Tun Hasan 4.Tun Mutahir....." 



JEJAK WARISAN 2:Jawatankuasa Pertubuhan Melayu-Bugis Melaka telah mengadakan siri jelajah ke Istana Peraduan Jalan Sultan Syarif Kasim terletak di Siak Sri Indraputra Riau, Indonesia pada tahun 2005. Peserta rombongan telah disambut oleh Syarif Fuad cucu kepada Sultan Siak ke 13 iaitu Sultan Syarif Qasim Sani bin Sultan Syarif Hasyim Abdul Jalil Syahabudin yang memerintah Siak sekitar 1915. Menurut cerita Syarif Fuad, Kerajaan Siak Sri Indrapura didirikan pada tahun 1723 M oleh Raja Kecik yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah putera Raja Johor (Sultan Mahmud Syah) dengan istrinya Encik Pong, dengan pusat kerajaan berada di Buantan. Pada awal tahun 1699 Sultan Kerajaan Johor bergelar Sultan Mahmud Syah II mangkat dibunuh Magat Sri Rama, istrinya yang bernama Encik Pong pada waktu itu sedang hamil dilarikan ke Singapura, terus ke Jambi. Dalam perjalanan itu lahirlah Raja Kecik dan kemudian dibesarkan di Kerajaan Pagaruyung Minangkabau..

Kerusi emas di istana Siak Inderapura
JEJAK WARISAN 3;Jawatankuasa Pertubuhan Melayu-Bugis Melaka telah mengadakan siri jelajah ke Kg.Lubok Batu Sekitar 2-3 km di tepi jalan utama ke Segamat,Johor pada tahun 2009 bagi menziarah makam. Menurut seorang ahli sejarah tempatan, Cikgu Hassan (Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Haji Muhammad),Segamat..Bendahara Lubok Batu atau dikenali Bendahara Tepok, merupakan bendahara terakhir Kerajaan Melaka tahun 1511 dan para pengikutnya berundur ke Johor setelah kejatuhan Melaka ke tangan tentera Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque. BendaharaTepok yang uzur dan para pengikutnya berhenti berehat di satu lubuk sungai di kawasan tersebut dan mandi di sungai tersebut untuk menyegarkan diri Bendahara Tepok. Setelah mandi, beliau berkata, "Segar amat badanku ini!", dan seterusnya menamakan sungai tersebut sebagai Segar Amat, yang kemudian berubah menjadi Segamat.

Kg.Lubuk Batu, Segamat, Johor
JEJAK WARISAN 4;Jawatankuasa Pertubuhan Melayu-Bugis Melaka telah mengadakan siri jelajah ke Kampung Raja lebih kurang 6 kilometer dari Pekan Pagoh, sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 45 minit ke utara Muar pada tahun 2008. Cerita mengenai makam boleh dibaca pada papan tanda yang antara lain menyatakan..."Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, inilah kubur yang cemerlang, Almarhum Sultan yang Suci, Sultan Alauddin ibni Sultan Mansur Shah, ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat dan kesejahteraan barang terlimpah atas Roh-mu wahai wali Allah yang terpilih"
Sultan Alauddin telah memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun dan telah mangkat dalam keadaan yang menimbulkan syak bahawa kemangkatan baginda adalah disebabkan perbuatan khianat. Makam baginda ini terletak di Kg Raja, Pagoh..

Kg.Raja, Pagoh, Muar, Johor

JEJAK WARISAN 5; Jawatankuasa Pertubuhan Melayu-Bugis Melaka telah mengadakan siri jelajah ke Tapak Nisan Acheh, Taman Megah Bukit Beruang lebih kurang 6 kilometer dari bandar Melaka pada setiap tahun. Datuk Aroom adalah Kapitan atau ketua orang Melayu Melaka pertama zaman pemerintahan Belanda (1641-1824).Datuk Aroom dan orang-orangnya telah membantu Belanda mengalahkan Portugis tahun 1641 lalu dilantik menjadi kapitan dan dianugerahkan sejumlah tanah sekitar Melaka. Yang menarik, Datuk Aroom asalnya seorang pedagang muda bernama Tan Seek Tiong dari Tiongkok di negeri Cina. Tetapi kapalnya karam dipukul taufan di Selat Melaka sebelum jasadnya yang telah nyawa-nyawa ikan ditemui penduduk kampung di Pantai Kelebang.Semasa diusung ke rumah ketua kampung, kebetulan laungan azan mula berkumandang. Pemuda Cina itu tersedar lalu bertanya tentang azan. Setelah diterangkan makna seruan di sebalik panggilan azan, beliau pun meminta diIslamkan dengan memakai nama Islam Aroom.
Terdapat SURAT WASIAT DATUK SAMSUDIN BIN DATUK AROOM bergelar Kapitan Dua Melayu Melaka disimpan elok oleh ahli warisnya sehingga kini. Antara kandungan surat wasiat tersebut yang ditulis pada 27 jumadil akhir 1176H;

Geran Belanda Kg.Hulu Melaka

Wasiat dari Datuk Samsudin bin Datuk Aroom-Kapitan Melayu Melaka ke-2



JEJAK WARISAN 6;Jawatankuasa Pertubuhan Melayu-Bugis Melaka telah mengadakan siri jelajah ke Pulau Penyengat pada tahun 2011 bagi menziarah makam Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Celak (1727 - 18 Jun 1784) atau lebih dikenali sebagai Raja Haji Beliau seorang pahlawan Bugis dilahirkan di Ulusungai, Riau, dan meninggal dunia di Teluk Ketapang, Melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera Sakti, Kepulauan Riau, Indonesia. Raja Haji merupakan adik kepada Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor.

Pulau Penyengat, Bentan

Jawatankuasa bergambar di istana YDP Riau







1 comment:

  1. sy nak tanya agak2 berapa ramai org bugis di melaka ye?.. dan mereka berada dikawasan mana?

    ReplyDelete